Kadang kala kita salah dalam
menilai seorang lelaki yang baik berdasarkan kerja nya. Pada dasarnya lelaki
yang baik itu sebenarnya terletak pada agamanya. Banyak yang beranggapan lelaki
beragama itu mestilah seorang ustaz, imam masjid, pelajar agama dan seumpamanya.
Lelaki yang baik dan beragama itu mempunyai sifatnya yang tersendiri.
SOLEH dapat di definisikan
sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan
batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang
haram).
Sentiasa berusaha menjauhkan
dirinya dari perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke
jurang NERAKA yang amat dalam. Ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada
Allah swt. dan Rasul nya walau dimana saja mereka berada.
seorang wanita, akan mencari
lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini sebagai berikut:
* Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap
berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai
pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bertemu.
* Akhlaknya baik.Yaitu seorang yang tampak tegas,
tetapi sebenarnya seorang yang lembut. Pertuturannya juga mesti sopan,
melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
* Tegas mempertahankan Jati-diri
nya.Tidak berkunjung ke
tempat-tempat yang dapat menjatuhkan nama-baiknya.
* Amanah.tidak mengabaikan tugas yang
diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
* Tidak boros.tetapi tidak pelit. Mengerti
menggunakan uang untuk keperluan yang bermanfa’at dengan bijaksana.
* Menjaga mata.dengan tidak melihat perempuan
lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
* Pergaulan yang terbatas.tidak mengamalkan cara hidup
bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
* Mempunyai kawan pergaulan yang
baik.Kawan pergaulan
seseorang itu biasanya sama.
* Bertanggung-jawab.Lihatlah dia dengan keluarga dan
Ayah Ibu nya.
* Wajah yang tenang.Terlihat dari cara berbicara,
Bekerja dan saat dalam suasana Cemas.
* Jika berhadapan dengan masalah.Tidak mudah mengumpat dan cepat
marah karena syaitan tidak suka manusia dengan kesabarannya. Maka cobalah untuk
bersabar dan terus bersabar,INSYA ALLAH akan memberi ketenangan.
Semoga Sifat-sifat ini dapat
diamalkan oleh semua kaum lelaki yang mencari ridha Allah.
Buat wanita solehah yang mencari
pasangan yang soleh, cobalah anda perhatikan Sifat-sifat yang terangkum
di atas pada setiap lelaki yang anda kenal. Jika Sifat-sifat ini ada pada
mereka. Walau bagaimanapun juga, tidak semestinya semua sifat di atas
terpenuhi, jika hanya terdapat 5-6 sifat itu sudah memadai. Manusia dapat
berubah suatu saat nanti.
Insya Allah sifat-sifat baik yang
lain akan menyusul dengan usaha dan kesabaran untuk mencapainya.
Rasulullah bersabda :
Nikahilah seseorang disebabkan
keturunan, wajah, harta dan agamanya, yang paling baik ialah AGAMAnya.
KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH
YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN
DAN AL HADIST
* Senantiasa taat kepada Allah swt
dan Rasullulah S.A.W.
* Jihad Fisabilillah adalah maklumat
dan program
hidupnya.
* Ikhlas dalam beramal.
* Kampung akhirat menjadi tujuan
utama hidupnya.
* Sangat takut kepada ujian Allah
swt. dan ancamannya.
* Selalu memohon ampun atas segala
dosa-dosanya.
* Zuhud dengan dunia tetapi tidak
meninggalkannya.
* Solat malam menjadi kebiasaannya.
* Tawakal penuh kepada Allah ta’ala
dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt.
* Selalu berinfaq dalam keadaan
lapang maupun sempit.
* Menerapkan nilai kasih sayang
sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
* Sangat kuat amar maaruf dan nahi
munkarnya.
* Sangat kuat memegang amanah,
janji dan rahasia.
* Pemaaf dan lapang dada dalam
menghadapi kebodohan manusia, senantias.
* saling koreksi sesama ikhwan dan
tawadhu penuh kepada Allah swt.
* Kasih sayang dan penuh
pengertian kepada keluarga.
Sabda Rasulullah:
“Orang yang terbaik diantara
kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang
terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” … ( HR Ibnu Majah ).
Subhanallah sekarang kita telah
mengetahui sifat-sifat lelaki sholeh,semoga kita sebagai wanita tidak salah
pilih untuk mencari pasangan hidup,dan semoga penjelasan diatas dapat
bermanfaat..
Amin.
Amin.







0 comments:
Posting Komentar